Saturday, 19 January 2013

sebenarnya aku tidak mahu untuk pulang semula ke perantauan tetapi aku cuba untuk tempoh seminggu cuba untuk kuat cuba untuk hadapi perkara yang sememangnya insan yang lemah dan hina ini tidak mampu . apakan daya . aku terpaksa lalui keperitan hidup ini . jika ini suratan takdir dan tuhan sayangkan aku , aku akan dilindungi . mungkin aku terlalu alpa dan bodoh untuk terlalu mempercayai dan terlalu berusaha untuk bercinta sedangkan tidak pernah terfikir akan apa akibat negatifnya .

keperitan yang 5 tahun lepas aku pernah lalui bermula semula hari ini . mahu atau tidak sisa manusia ini terpaksa lalui . hidup seorang diri . menempuh pelbagai dugaan seperti berjalan tanpa cahaya di tempat yang gelap gelita tanpa dipimpim sesiapa pun . hanya Allah SWT sahaja yang berada disisi . moga moga aku tidak terjerumus semula ke lembah kegelapan seperti dahulu . amin

No comments:

Post a Comment