Tuesday, 15 January 2013

just a short flashback

pada satu petang dalam tahun 2011 . aku bersama housemate aku ke klang beli fixie . masa tu zaman fixie so terasa macam nak beli , then tanpa berfikir panjang aku pun beli dan kayuh dari klang ke shah alam . satu destinasi yang berkilometer walaupun penat aku berjaya :) . then dapat call dari kawan lama sekolah teknik katanya nak jumpa . so aku terus ke MAIS dan nak dijadikan cerita pada hari tu aku terjumpa seseorang yang pada asalnya aku sendiri tak terdetik hati untuk tegur tetapi dia yang tegur aku . dan dari suaranya datang satu perasaan yang aku sendiri tergamam sehinggakan selepas itu aku terbawak bawak sampai ke tidur . then hari yang seterusnya aku ke lokasi yang sama ( MAIS ) . kami berkenalan tetapi tidak terlalu mesra dan pada masa itu kononnya ada seorang mamat ni tengah usyar si dia so selepas dari kejadian tu aku terus menghilangkan diri sebulan dengan harapan perasaan aku itu hanyalah satu persinggahan tetapi entah kenapa sepanjang kehilangan aku hati jiwa aku menjadi kosong sekosongnya seperti ada sesuatu yang patut aku mencari . jujur cakap aku tak pernah rasa perasaan sebegitu sekali . then pada satu masa tu kawan aku yang dari sekolah teknik tu call cakap si dia bertanyakan tentang aku . aku tak semena mena menjadi excited gila macam tak keruan . malam tu terus aku ke MAIS . dari situ aku mula rapat dengan si dia sehinggakan pada satu malam tu aku terpaksa luahkan perasaan aku . OMG tuhan je tahu perasaan malu aku masa tu . tapi aku luah jugak sebab perasaan tu benar . walaupun ambil masa untuk diterima dan pelbagai dugaan aku terpaksa harungi . alhamdulillah pada bulan august tahun yang sama ( 2011 ) aku diterima . dengan niat aku ingin memperisterikanya . sehinggalah pada tahun ini 2013 kami mula renggang dan ......................................... . susah untuk diceritakan . apa yang boleh aku bagitahu aku sangat sayangkan si dia , terlalu even walaupun dimulut walaupun ego aku tinggi tapi aku tetap cintakan dia . selama ini aku tidak pernah berjuang berkorban bersunggu sungguh untuk seseorang melainkan si dia . tapi ......... mungkin ini jalan terbaik mungkin kami tak ditakdirkan bersama . seriously bila dia tiada aku kosong perasaan kososng yang aku rasa dahulu menjelma kembali . aku rindukan zaman kami bersama begelak ketawa etc . tapi apakan daya aku hanya manusia biasa tiada apa yang bernilai . aku redha . kenangan yang tercipta bersama si dia aku takkan dapat lupakan sebab pabila dua perkara yang berbeza telah bersatu terlalu sukar untuk diceraikan . just want to say . that i love her so much ! thats all .

No comments:

Post a Comment