Wednesday, 22 May 2013


Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cintaku
Menantimu hingga kau kembali
Kan mencoba menjaga hatimu
Setia dan hidupku selalu denganmu
Menemani mu hingga akhir waktu

Kenangan indah ketika kita bersama
Membuatku terbayangkan kamu
Aku tahu cintaku tersemat di hatiku
Aku yakin hanya kau untukku
Aku kan menunggu
Hingga kita kan bersama
Kau akan selalu ku cinta
untukmu #NurQistinaJamaludin

Tuesday, 12 March 2013

Ya Allah ya tuhanku . 
kau lindungilah insan yang bernama Nur Qistina Bt. Jamaludin
kerana dialah wanita selepas ibu yang aku sangat cintai
kau peliharakanlah dia
permudahkan segala urusannya
kurniakanlah rahmat dan keberkatan hidup keatasnya
kau temukanlah kebahagiaan keatasnya
kau lindungilah dia dari anasir2 yang tidak baik
kau jadikanlah dia salah satu penghuni syurgamu
laksanakanlah apa yang diimpikannya
berikanlah kekuatan padanya agar dia bisa hadapi kesukaran dari hari ke hari
bentuklah dia agar dia bisa menjadi manusia yang berguna
rahmatilah segala perbuatannya

aku mohon padamu ya Allah . kau makbulkanlah doa ku ini sesungguhnya aku terlalu mencintainya biarpun air mata yang mengalir ini tidak diendahkan aku tetap mencintai dia .

Amin .

Monday, 18 February 2013

segala-galanya yang akan terjadi bergantung pada diri kita sendiri jika kita tidak berusaha kita juga tidak mampu mengubah takdir

Thursday, 31 January 2013

seperti mayat hidup . 
yang terbiar 

Wednesday, 30 January 2013

ya allah sakitnya . lapar sangat . jalan pun dah macam cina mabuk :( 
apabila digadai harga diri sehingga martabat seorang lelaki dijatuhkan demi seorang yang dicintai tidak berhasil maka perjuangan telah pun berakhir . menangis kering sehingga air mata ibarat menjadi solekan dimuka . dibiarkan sesak nafas dibiarkan tidak makan bahkan dihalau ditolak dihina . jatuhnya martabat disitu . sehingga jam ini masih menderita ibarat dunia telah lenyap . semangat sudah tiada . aku hanya mampu tunggu seketika aku telah pun berjanji dengan diri untuk berjuang sehingga 30 januari 2013 . maka tiada pilihanlah aku terpaksa membuang segala yang sakit itu cari ketenangan . pulang ke Pahang untuk memulihkan diri . disini aku sangat terseksa . mungkin .

Saturday, 26 January 2013

so the result is she having fun and I rotting here like a dead body :) . nevermind . if she can enjoy alang2 boleh cari boy baru maybe . why cant me jugak ? kan ? menangis bersedih tak guna . dah terang lagi bersuluh . apa yang aku kene buat sekarang aku tak boleh sedih tak boleh suffer . orang dah khianati cinta aku . so aku kenelah teruskan hidup dengan membuka hati jelajah dunia pulak kan . ya sayang tu memanglah sayang . tapi dah kalau semakin hari asik kene scratch kene hiris pun tak elok jugak . merayu macam mana pun takde effect last2 aku yang menangis . so jawapan dia . open heart . busykan diri . chilling and kembali ke dunia lama semula . ya susah memang lah susah tapi kene jugak until one day aku akan cure sepenuhnya sebab 2 kali hari jadi aku jadi harijadi paling teruk yang aku kene hadap . bukan disambut tapi diberi hadiah perpisahan . hm okaylah . malas nak cerita panjang .start from today . dunia lama aku akan aku serapkan sedikit demi sedikit . amingos xoxo :D

Friday, 25 January 2013

I rotting here waiting for you and you go to somewhere without tell me . plus go out chill and I lay here crying bout us . kau dah jauh sangat . kau dah berubah . aku dah tak kenal kau . kau ibarat membina dinding batu besi dan dalam pada masa yang sama kau cuba koyak satu persatu cebisan hati aku . I't really pain . hm . hari jadi aku kau tanak pulak sambutkan ann . oh Its oke . nevermind . I'll never turn back to you anymore .  kau sendiri yang buat aku terpaksa buat sebegitu . terima kasih koyakkan hati aku . terima kasih sangat . SO THIS 27 JANUARY will be ngam sebulan kau crack hati aku . terima kasih . aku tak pernah terfikir kau akan pergi sejauh ini. sungguh tak sangka dan mengecewakan . hati luluh ibarat jantung gugur bila dapat tahu . 

Wednesday, 23 January 2013

maafkan saya kerana terlalu emosi petang tadi . sebenarnya saya rindukan awak .  terlampau rindu . tapi apakan daya . saya hanya mampu melihat .  hope awak boleh maafkan . i miss you sayang ! :'(

Tuesday, 22 January 2013

still nothing . melalak . menangis bagai orang gila . mogok lapar bagai . bukan dikisah pun . dunia kan lagi penting . mungkin dah tiba masa untuk open semuanya supaya hati lebih terubat .  yes we do it now :)
#

 "Go for someone who is not only proud to have you, but will also take every risk just to be with you. "
hari ke tiga di shah alam still nothing still tiada perubahan  . masih lagi sama . air mata mengalir tanpa diduga , cuba untuk kuat tapi apakan daya . segalanya terlalu sebati . pabila dua perkara telah menjadi sebati tidak semudah itu untuk dilupakan , masih ingat apa yang diberitahu pensayarah rasullulah SAW amat menitik beratkan tentang " persembunyian " jika seseorang itu menyembunyikan sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain ianya dianggap dosa . entahlah aku cuba tapi macam mana ? semua orang disekeliling bertanyakan aku tentang si dia . setiap kali aku ditanya confirm selepas itu aku menjadi bertambah tidak stabil . untunglah boleh bergembira , untunglah aku dianggap tidak penting untuk diambil berat , untunglah pengorbanan aku selama ini tidak sedikit pun terasa kehilangan dan untunglah segalanya . bagi kau kawan itu yang banyak tolong dan lebih berharga mereka sahaja yang banyak bekorban dan hidup bersama kau . so pergilah . hari khamis sudah cuti . kemungkinan besar aku akan terus balik ke pahang semula , buat apa lagi aku disini menambahkan derita dan jika tiada semangat . hm . kini aku mengerti yang manusia ini semuanya sama sahaja tidak pernah nak hargai sesuatu yang berharga dan selalu sahaja pentingkan hiburan dunia .

Saturday, 19 January 2013

sebenarnya aku tidak mahu untuk pulang semula ke perantauan tetapi aku cuba untuk tempoh seminggu cuba untuk kuat cuba untuk hadapi perkara yang sememangnya insan yang lemah dan hina ini tidak mampu . apakan daya . aku terpaksa lalui keperitan hidup ini . jika ini suratan takdir dan tuhan sayangkan aku , aku akan dilindungi . mungkin aku terlalu alpa dan bodoh untuk terlalu mempercayai dan terlalu berusaha untuk bercinta sedangkan tidak pernah terfikir akan apa akibat negatifnya .

keperitan yang 5 tahun lepas aku pernah lalui bermula semula hari ini . mahu atau tidak sisa manusia ini terpaksa lalui . hidup seorang diri . menempuh pelbagai dugaan seperti berjalan tanpa cahaya di tempat yang gelap gelita tanpa dipimpim sesiapa pun . hanya Allah SWT sahaja yang berada disisi . moga moga aku tidak terjerumus semula ke lembah kegelapan seperti dahulu . amin

TERPULANG PADA KAU SEMUANYA , APA YANG AKU BOLEH KATAKAN AKU CINTAKAN KAU LEBIH DARI SEGALANYA ! AKU RINDU KAU !
last hope last chance .

aku tekad akan pulang ke shah alam , aku harapkan agar kau jika kau cintakan aku jika kau betul betul sayangkan aku . kali ini aku tunggu dan mahu tengok usaha kau . buktikan . yang kau betul2 cintakan aku , selama ini hanya di mulut , buktikan tak kiralah apa sekalipun  . aku tunggu . ya aku memang tak boleh hidup tanpa kau dan aku sayang cintakan kau tetapi untuk kali ini biarlah aku pula yang menunggu kesungguhan dari mu . dan aku mohon pada Allah SWT agar buka pintu hati kau dan rendahkan ego kau agar kau faham dan rasa apa yang aku alami supaya kau lebih menghargai lelaki yang terlalu mencintai kau ini . hope sangat dan buatlah sesuatu yang boleh buat aku terharu . hope you understand that . i'll wait for that .
aku hanya insan biasa punya hati dan perasaan . menyimpan pelbagai cita dan impian . juga ingin bahagia . harus dikatakan bagaimana lagi kau pasti tidak akan memahami hati ini . bertapa sukar . bertapa perit laluan yang harus aku tempuh . air mata bergelinang meruah ruah seperti tak ternilai hanya kerna satu perasaan Cinta . harus bagaimana lagi jika air mata yang melimpah tidak dihargai mungkin dianggap hanya lakonan semata mata . beritahu bagaimana apa yang terkandung . tetapi tidak juga mengerti . Ya . tak perlu dipersoalkan . cuma hanya satu prinsip yang difahami aku jika cinta juangkan . tetapi bagaimana jika berkorban tak minta dibalas 1 - 1 cuma mahu lihat usaha sahaja . jika hari yang penting bagiku dibuat seperti tidak bererti malahan situasi ini dianggap kebetulan . dimanakah letak perikemanusian itu . jika sayang cinta tidak akan terjadi perkara sedemikian . jika bisa gembira bergelak ketawa tanpa batasan tetapi sedang melukakan satu hati . apakah itu dikira hati hanya tuhan sahaja yang mengerti . bagaimana lagi harus aku buktikan yang cinta ini terlalu agung . bagaimana ? jika aku cuba untuk kuat , cuba untuk ada selera , cuba untuk tahan air mata dari mengalir dan terus mengalir . tetapi semuanya hanya sia sia kerana apa ?? kerana cinta aku pada kau sangat agung , aku kalah dengan cinta ini . tiada apa yang dapat membasmi cinta ini . aku sedar aku tidak sempurna tetapi sebagai manusia biasa aku cuba untuk jadi sempurna . aku tampilkan pelbagai usaha bukan untuk disanjung hanya ikhlas , ikhlas kerana cinta . harus bagaimana . aku tidak mampu . apakah kekurangan aku ? apakah terlalu hinanya aku ? dibuang secara kasarnya dilepaskan dengan ayat yang lebih sinonim , aku tahu aku tidak punya apa apa yang boleh dibanggakan . pengorbanan aku tidaklah seberapa . tetapi tidak ia sedikit tidak kelihatan dihati ?? hm . perasaan rindu diungkap hanya disebelah hati , jika diberitahu jawapannya tak perlulah fikir dari sudut nya . kenapa ? sukar kah ? Cinta ?  . aku mencari cinta sejati cinta yang mahu dibawa sampai jannah bukan cinta yang menghukum bukan cinta yang dijadikan sebagai jambatan atau lebih sinonim tempat persinggahan . aku tidak mahu semua itu :( pabila diri tidak berselera dikatakannya aku menyeksa diri . tetapi cuba berada di tempat aku , aku lemah . aku terlalu cintakan kau . salahkah aku ?? hinakah aku ???????

 I Miss You So Muchxxx ! :'( 
your hug
your kiss
your talk 
your sweet 
your childish 
and everything about you !

just want you to be with me .

Friday, 18 January 2013

aku lemah . aku terlalu sayangkan dia . tapi walau menangis air mata darah adakah dia akan kembali padaku ? . hanya tuhan tahu bertapa perit dan deritanya aku tanggung ibarat katanya kebetulan harijadi aku dihadiahkan sebegini . overall . aku tak boleh terima semua ini . semuanya :'(
melimpah limpah air mata mengalir sederas derasnya hati meronta kesedihan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui .

maaf menggangu . selepass ini saya takkan ganggu awak lagi again i'm sorry :'( IMYSM
*maaf terpaksa call awak tadi sebab terlalu rindu untuk dengar suara awak . rindu sangat :'(
harap kau faham yang aku betul betul perlukan kau sebagai semangat hidup untuk aku , aku tak sanggup biarkan orang yang aku paling sayang dan cintai jatuh atau rasa keperitan . aku tak sanggup . harap sangat kau faham . aku rindu sangat kita yang dulu2 . tiada apa yang aku pinta di dunia ini melainkan bersama dengan kau . aku cinta kan kau ! aku akan pulang ke shah alam esok dan akan nantikan text dari kau . aku harapkan sangat agar kita bisa bersama semula . apa pun aku sanggup biarpun gadai maruah nyawa atau apa sekalipun janji kita bersama . pegang kata kata ku itu . aku akan menjadi lebih sakit pabila berjauhan dari kau dan hanya melihat kau gembira bergelak ketawa bersama yang lain sedangkan dengan aku jauh dingin . ianya seperti membunuh jiwa dan jasad yang lemah ini . jika kau sayang dan cintakan aku carilah aku . aku tunggu tetapi hanya untuk seminggu ini kerna aku sudah tekad dan bersumpah . aku taknak nanti dimakan sumpah . harap sangat kau faham . aku perlukan kau untuk bimbing aku dan menjadi semangat untuk hidup aku . aku tanak kenangan yang telah kita ciptakan selama 2 tahun ini hanya sia sia . ianya sangat berharga dan patut dikekalkan  , bersama2 kita mengejar cita cita dan berjaya . harap sangat kau faham . aku tahu kau boleh , kau boleh . i need you so much ! i miss you ! :'(


It hurts so bad to be away from you because we've got a special bond that'll never break cause darling you and I are soulmates . if it break I'll die :(

decide . tommorow ahad . aku akan pulang ke Shah Alam untuk dalam tempoh seminggu . dalam seminggu tu aku akan cuba belajar untuk harungi hidup seorang diri walaupun aku tahu aku memang takkan boleh . dan aku berharapa sangat si dia kembali padaku dan sambut hari jadiku . hanya berharap . walaupun tahu ianya satu perkara yang tak mungkin terjadi . if dalam seminggu aku tak boleh survive , rasanya better quit . muktamad .
really need you so much ! hm :'(
sejak dari last meet . seriously makan tak lalu . tidu tak lena . semangat nak hidup pun takde . sampai mak perasan dah macam mayat hidup hanya mampu bertahan sahaja . seriously can't stand it anymore . i miss you so much ! i need you ! you are my everything ! and i want to tell you seriously you are my left side . since i left that night my left just like having stroke until now . please trust me ! i love you so much ! i need you more than anything ! 2 tahun kita bersama takkan awak nak sia siakan . 2 tahun juga kita bersama  takkan semester ni awak tanak having time dengan saya , since this last last semester then grad lepas nie dah susah nak jumpa dah . takkan nak buang sahaja masa tu . ?? dan takkan di hati awak tak bernilai langsung air mata  dan cinta saya pada awak ? dan yang paling tak menyangka takkan ini hadiah untuk harijadi saya ? :'(


dan seperti biasa air mata terus mengalir sambil tangan memegang phone menunggu khabar berita dari mu :'( i miss you so muchhhhh ! :'(



#this is the truth ! :(
I cannot lose you. Because if I ever did, I'd have lost my best friend, my soul mate, my smile, my laugh, my everything

kalau diikutkan aku dah boleh pulang semula ke perantauan tetapi dalam situasi aku sekarang ini , aku memikirkan aku tidak sanggup untuk hadap segala disana maksudku kenanganku bersama si dia berada diseluruh even keluar rumah sahaja sudah boleh membuat aku untuk lumpuh inikan pula jika terserempak pasti aku akan berlari menangis atau melihatnya bergelak ketawa aku pasti akan menitiskan air mata bagaimana aku ingin kuat dan hadapi semua itu . hampir 2 tahun aku bersama dengan dia mencipta pelbagai kenangan kemana mana sahaja bersama 2 tahun . mana mungkin walau sehari atau selamanya aku hidup seorang tanpa dia yang aku sudah anggap sebagai rusuk kiri . perasaan sayang cinta sudah terpateri mati didalam hati takkan mungkin dapat dihapuskan walaupun sedikit . demi Allah ! aku buntu ??????
tolong lah faham aku perlukan kau . aku sayang kau sangat sangat :( aku dah tak berdaya untuk tahan air mata dari mengalir dan terus mengalir . aku sangat sangat perlukan kau !!!!!!!! :'(

Thursday, 17 January 2013


#i can't stop cry :'( three days three night straight 



#saya sangat perlukan awak , saya tak boleh hidup tanpa awak ! saya lebih rela mati dari tanggung penderitaan ini :'( pleaseeeeeee . i love you so much ! 

I don't want a broken heart , because I'll lose the pieces
27 DISEMBER
tarikh trauma dan menakutkan .
Doa seorang insan 

Ya Allah , aku mohon padamu untuk kuatkan hati hambamu ini untuk menempuh dugaan dan ujian yang berat ini.
jika ini dikatakan takdir walaupun sukar untuk aku terima , aku redha
tetapi jika ini hanya lah ujian atau satu petunjukmu , berikanlah aku kekuatan untuk bertahan ,
hanya dikau tahu isi hati aku , hanya dikau tahu bertapa besar dan kecewanya aku disaat ini ,
aku mohon padamu yang satu Ya Allah .
percepatkanlah segala galanya agar aku pulih dengan segera , dan aku mohon padamu agar hati ini di saat nanti menjadi lebih berjaga jaga sesungguhnya aku tidak sanggup untuk menangis untuk kali ketiga atau seterusnya . aku mohon . #Amin

hanya ingin mencari cinta yang ingin dibawa hingga ke Jannah bukan untuk disakiti dipermainkan atau dijadikan tapak persinggahan.

#hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa luluh pilu dan kosongnya hati ini :(

Wednesday, 16 January 2013



satu senyuman satu gelak ketawa jika terlihat , ianya seperti menghiris hati menggunakan pisau buat ku #Seriously

#If you don't fight for what you want, don't cry for what you've lost.

Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini

Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini


#mohon kau fahami :(

Happiness isn't about getting what you want all the time, it's about loving what you have.
Selesai tetapi jiwa resah

three day straight air mata aku mengalir dan terus mengalir apakan daya aku tak mampu nak tahan . hm . so perkara dan tujuan utama aku balik ke kampung halaman sudah pun mencapai kata sepakat . aku boleh meneruskan pengajian ataupun tidak . kalau diikutkan hati dah nak habis dah pun tapi aku tak mampu nak hadap semuanya disana . terlalu banyak kenangan yang tercipta . sana sini pandang semuanya pernah tercipta . hm . aku tak kuat tapi apa guna cuba kalau aku pun menyewa rumah berhampiran kawasan memori . apalah nasib aku . kalau aku ke sana sekalipun aku tiada siapa2 lagi . aku tiada semangat untuk teruskan pengajian sebenarnya . hm


Feeling that true !

aku insan yang lemah , aku tidak mampu menahan air mata yang ingin mengalir , aku tak kuat untuk hadapi seorang diri ditambah aku sendiri mempunyai pelbagai masalah dan dipaksa lalui seorang diri , aku sudah tiada tempat bergantung tiada pemberi semangat tiada telinga untuk dengar masalah juga tiada bahu untuk aku bersandar . aku pasti sekuat mana aku cuba aku pasti tidak akan berjaya . badan terasa lemah seperti kehilangan sesuatu , aku risau sangat risau , jiwa aku terlalu kacau , cuba untuk ada selera makan cuba untuk tidur seperti biasa tetapi ......... what should I do ? Hati terlalu luluh seperti menghadapi kematian seseorang yang paling disayangi , sukar untuk digambarkan . walaupun sehingga sekarang aku masih waras , aku risau akan suatu hari nanti tanpa diduga aku menjadi tidak waras , aku cuba untuk tidak membiarkan jiwa dan minda aku kosong dan cuba untuk tidak terjebak ke alam lain ( Gila ) aku sangat tidak ok ! dan masih dan tidak dapat terima kenyataan . hm


Adakah ?

satu perasaan bermacam keperitan penderitaan dan pelbagai harus aku lalui seorang diri . dan banyak soalan muncul dan bermain difikiran . sepertinya aku berjuang berkorban untuk seseorang itu untuk apa ? adakah pengorbanan aku itu hanya sedikit atau hanya untuk kepentingan diri atau untuk memuaskan hati ? adakah aku tidak cukup baik ? adakah aku bukan seperti apa yang kau idamkan sehinggakan kau sanggup melepaskan aku pergi ? adakah aku tidak layak untuknya ? adakah ? adakah ? adakah ? adakah kasih sayang yang aku curahkan selama ini tidak mencukupi ? adakah air mata ku ini tidak langsung bernilai ? adakah aku bukan imam untuk anak kita suatu hari nanti ? adakah aku dijadikan sebagai tempat untuk hanya menumpang kasih ? adakah aku hanya dijadikan tempat persinggahan sebelum kau mencari seseorang yang sempurna ? adakah aku terlalu membosankan ? adakah aku hanya dianggap sama seperti kawan kawan yang lain ? adakah kesilapan aku setimpal dengan pembalasan ini ? dan bermacam macam lagi ........... pabila aku mendengar keputusannya aku cuba untuk tidak menangis dihadapannya alhamdulillah aku berjaya menahan walaupun hampir mengalir tetapi selpas aku angkat kaki tuhan sahaja yang tahu bertapa luluhnya hati aku seorang insan yang lemah dan menangis seesak esaknya seorang diri dengan tiada hala tuju dan hampir meragut nyawa sendiri . aku tidak menyangka yang hadiah harijadi aku yang ke 22 adalah sama seperti hadiah hari jadi aku yang ke 17 . sekali lagi aku rebah dan tewas . aku tidak mampu lagi untuk berdiri dengan kukuh dan gah kerana ianya bukan kali pertama tetapi untuk kali kedua . kadang kadang aku terfikir dan cemburu dan tertanya kenapa mesti aku jatuh dengan hadiah dari harijadi aku sendiri ? kenapa tidak hari hari lain ??? masih tertanya tanya sehingga sekarang . aku bukanlah manusia yang mahukan kehidupan yang sempurna tetapi aku berusaha untuk melengkapi tetapi bila aku cuba dan berusaha aku gagal dan jatuh ke lembah hitam . dan aku berani berkata semakin hari akan berlalu semakin dalam aku akan jatuh ke lembah kegelapan tanpa ada sesiapa yang berada disisi aku dan aku juga berani berkata semakin hari semakin banyak soalan akan timbul dan bermain difikiran dan semakin lama semakin takut dan semakin trauma diri ini untuk apa sahaja . kerana aku yakin dan aku berani bersumpah yang aku tidak akan mampu untuk berdiri semula dek kerana perasaan CINTA yang aku telah pateri mati untuk si dia didalam hati ini ..

Tuesday, 15 January 2013


just a short flashback

pada satu petang dalam tahun 2011 . aku bersama housemate aku ke klang beli fixie . masa tu zaman fixie so terasa macam nak beli , then tanpa berfikir panjang aku pun beli dan kayuh dari klang ke shah alam . satu destinasi yang berkilometer walaupun penat aku berjaya :) . then dapat call dari kawan lama sekolah teknik katanya nak jumpa . so aku terus ke MAIS dan nak dijadikan cerita pada hari tu aku terjumpa seseorang yang pada asalnya aku sendiri tak terdetik hati untuk tegur tetapi dia yang tegur aku . dan dari suaranya datang satu perasaan yang aku sendiri tergamam sehinggakan selepas itu aku terbawak bawak sampai ke tidur . then hari yang seterusnya aku ke lokasi yang sama ( MAIS ) . kami berkenalan tetapi tidak terlalu mesra dan pada masa itu kononnya ada seorang mamat ni tengah usyar si dia so selepas dari kejadian tu aku terus menghilangkan diri sebulan dengan harapan perasaan aku itu hanyalah satu persinggahan tetapi entah kenapa sepanjang kehilangan aku hati jiwa aku menjadi kosong sekosongnya seperti ada sesuatu yang patut aku mencari . jujur cakap aku tak pernah rasa perasaan sebegitu sekali . then pada satu masa tu kawan aku yang dari sekolah teknik tu call cakap si dia bertanyakan tentang aku . aku tak semena mena menjadi excited gila macam tak keruan . malam tu terus aku ke MAIS . dari situ aku mula rapat dengan si dia sehinggakan pada satu malam tu aku terpaksa luahkan perasaan aku . OMG tuhan je tahu perasaan malu aku masa tu . tapi aku luah jugak sebab perasaan tu benar . walaupun ambil masa untuk diterima dan pelbagai dugaan aku terpaksa harungi . alhamdulillah pada bulan august tahun yang sama ( 2011 ) aku diterima . dengan niat aku ingin memperisterikanya . sehinggalah pada tahun ini 2013 kami mula renggang dan ......................................... . susah untuk diceritakan . apa yang boleh aku bagitahu aku sangat sayangkan si dia , terlalu even walaupun dimulut walaupun ego aku tinggi tapi aku tetap cintakan dia . selama ini aku tidak pernah berjuang berkorban bersunggu sungguh untuk seseorang melainkan si dia . tapi ......... mungkin ini jalan terbaik mungkin kami tak ditakdirkan bersama . seriously bila dia tiada aku kosong perasaan kososng yang aku rasa dahulu menjelma kembali . aku rindukan zaman kami bersama begelak ketawa etc . tapi apakan daya aku hanya manusia biasa tiada apa yang bernilai . aku redha . kenangan yang tercipta bersama si dia aku takkan dapat lupakan sebab pabila dua perkara yang berbeza telah bersatu terlalu sukar untuk diceraikan . just want to say . that i love her so much ! thats all .